Tuesday, September 28, 2010

Istimewanya seorang seniman


Ramadhan sudah berlalu, Shawal juga menyusuri bagai anak sungai meninggalkan hulunya.Begitu jugalah dengan kehidupan termasuklah seorang pelukis ini.Orang berpuasa dia berpuasa,puasa baginya sudah biasa kerana hari-hari biasapun makannya tak menentu....bertarawih malamnya, sebelum berbuka ke pasar ramadhan membeli ala kadar, duitnya memaksa dia tidak berlebihan. Sebelum menjelang hari raya, Allah telah memberinya rezeki, lepaslah membeli baju raya untuk anak-anak dan isterinya. Untuknya sendiri tak perlu kerana baju raya yang lalu masih elok lagi dan duit baki itu untuk petrol dan belanja perjalanan pulang ke kampong nanti. Pulang ke kampong dua hari sebelum raya, tolong saudara-mara buat lemang dan juga kuih-muih, yang menariknya bila kita ringan tulang rezeki pun datang, lemang dan rendang juga kuih-muih dah tak perlu buat sendiri...saudara mara bagi, berlebih pulak! Duit raya untuk budak-budak memang tak menentu, tahun ini ada tahun depan tak ada. begitulah selalunya...hingga anak-anak buah pun dah faham. Selepas tiga empat hari beraya di kampong, pelukis dan keluarganya pulang kembali ke kota, menyambung kembali tugasan hariannya sebagai seorang pelukis.

No comments: