Tuesday, August 31, 2010

aku dan ramadhan


Bulan Ramadhan dah kebiasaannya umat islam berpuasa..ertinya tak makan,minum,rokok, bersama isteri(yang dah beristeri)dan sebagainya yang membatalkan puasa di siang hari. Di malamnya diadakan solat-solat sunat disamping solat wajib, zikir-zikir dan dijanjikan ada satu malam yang amat teristimewa bersamaan 1000 malam iaitu malam lailatur qadar.Berbagai-bagai Allah dan Rasulnya memberi ganjaran kepada hamba dan umatnya.
Seluruh umat islam didunia berlumba-lumba untuk mendapatkan ganjaran yang dijanjikan,siang malam mereka berusaha mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Meskipun gajaran itu belum dinikmati ternyata mereka tergolong orang-orang yang beruntung di akhirat kelak, yakinlah tuan ini janji Allah. Bukan janji manusia yang mudah lupa ataupun buat-buat lupa!
Berapakah ramai umat islam yang yakin akan janji-janji Allah ini? Mereka berpuasa kerana ikut-ikutan, ibubapanya berpuasa,kawan-kawan dan orang-orang sekelilingnya berpuasa maka mereka juga berpuasa. Ataupun kerana akan hadirnya 1 Syawal, hari raya Aidul fitri atau hari lembaran. Kerana dapat duit raya, bonos, gaji awal dan berbagai-bagai imbuhan yang dijanjikan oleh manusia!
Cuba renungkan umat islam masakini yang sudah menurun keimanannya. Sembahyang tidak diambilberatkan lagi, perjudian dah menjadi perkara biasa, zina,tidak puasa dan berbagai lagi yang dilarang oleh agama mereka lakukan dengan tanpa segansilu lagi. Kita akan ditimpa bencana, ini pasti dan sudah dijanjikan oleh Allah.Tiada lagi kesalan dan keampunan, tak sempat...
Bila aku merenungi anak-anakku sebelum kejutkan mereka bangun sahur, menitis airmataku..bagaimana zaman mereka membesar dan mengharungi kehidupan akan datang.
Tapi aku yakin Allah maha mengetahui dan sudah mengaturkan segalanya. Doaku padamu
Ya Allah, kau lindungilah anak-anak kami dari melakukan perkara yang kau murkai, jauhkan mereka dari orang-orang yang sesat, kuatkan iman mereka, aku terlalu bimbang serta takut ya Allah. Hanya pada Mu kami berserah, Kau lah yang maha pengasih dan penyayang.....Amin Ya ALLAH.

1 comment:

kakiconteng said...

Alhamdulilah Mr.Sam!
Bulan Shawal pong mula nak tinggalkan
kita dan menanti pulak Raya Haji...