Monday, December 19, 2011

penghujung tahun

Salam sejahtra. Saban tahun aku menempuhi suasana hujung tahun yang sepi dari segi ekonominya...segi kehidupannya alhamdulillah. Cuma kelam kabut sikit , apabila sekolah nak buka, tahun baru dan lain lainnya. Tapi ALLAH itu maha kaya dan maha mengetahui, berserah dan tawakkal. Amin

Tuesday, August 31, 2010

aku dan ramadhan


Bulan Ramadhan dah kebiasaannya umat islam berpuasa..ertinya tak makan,minum,rokok, bersama isteri(yang dah beristeri)dan sebagainya yang membatalkan puasa di siang hari. Di malamnya diadakan solat-solat sunat disamping solat wajib, zikir-zikir dan dijanjikan ada satu malam yang amat teristimewa bersamaan 1000 malam iaitu malam lailatur qadar.Berbagai-bagai Allah dan Rasulnya memberi ganjaran kepada hamba dan umatnya.
Seluruh umat islam didunia berlumba-lumba untuk mendapatkan ganjaran yang dijanjikan,siang malam mereka berusaha mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Meskipun gajaran itu belum dinikmati ternyata mereka tergolong orang-orang yang beruntung di akhirat kelak, yakinlah tuan ini janji Allah. Bukan janji manusia yang mudah lupa ataupun buat-buat lupa!
Berapakah ramai umat islam yang yakin akan janji-janji Allah ini? Mereka berpuasa kerana ikut-ikutan, ibubapanya berpuasa,kawan-kawan dan orang-orang sekelilingnya berpuasa maka mereka juga berpuasa. Ataupun kerana akan hadirnya 1 Syawal, hari raya Aidul fitri atau hari lembaran. Kerana dapat duit raya, bonos, gaji awal dan berbagai-bagai imbuhan yang dijanjikan oleh manusia!
Cuba renungkan umat islam masakini yang sudah menurun keimanannya. Sembahyang tidak diambilberatkan lagi, perjudian dah menjadi perkara biasa, zina,tidak puasa dan berbagai lagi yang dilarang oleh agama mereka lakukan dengan tanpa segansilu lagi. Kita akan ditimpa bencana, ini pasti dan sudah dijanjikan oleh Allah.Tiada lagi kesalan dan keampunan, tak sempat...
Bila aku merenungi anak-anakku sebelum kejutkan mereka bangun sahur, menitis airmataku..bagaimana zaman mereka membesar dan mengharungi kehidupan akan datang.
Tapi aku yakin Allah maha mengetahui dan sudah mengaturkan segalanya. Doaku padamu
Ya Allah, kau lindungilah anak-anak kami dari melakukan perkara yang kau murkai, jauhkan mereka dari orang-orang yang sesat, kuatkan iman mereka, aku terlalu bimbang serta takut ya Allah. Hanya pada Mu kami berserah, Kau lah yang maha pengasih dan penyayang.....Amin Ya ALLAH.

Wednesday, August 25, 2010

pelukis dan marhaban ya ramadhan

Assalmkm, ya sahabat(pelukis) mari kita berfikir ketika menyambut kedatangan bulan ramadhan al Mubarak;
1. Kasihan belas Allah terhadap hambanya yg terus menzalimi diri dan mudahnya Dia menerima taubat dan penyesalan hamba-hambanya.
2. Peluang demi peluang untuk kita kembali. Disediakan bumi yg suci, rumah yg suci, bulan yg suci,minggu dan hari yg suci dan agong, saat yg mustajab, hati dan akal yg khusyu' dan tafakur, lidah yg ringan dan basah, sahabat yg soleh dan lain-lain kemudahan untuk kembali kepadanya.
3.Jauhnya kita dari membaca, memahami danmengamalkan al-Quran, satu-satunya kitab dari langit yg kekal di bumi memberi cahaya dan hidayat.
4. Lalainya kita dengan kehidupan dan dunia yg fana dan kita tidak pernah serik dan sesal terhadapnya.
5. Di mana kita daripada ulama, tempat terpancarnya hikmat tuhan dalam kehidupan sementara....
AMIN

Monday, October 20, 2008

My Painting




My gallery




Galeri Melati
Komplek Kraf Kuala lumpur
63 Jalan Conlay 50450
Kuala lumpur
Malaysia

HP 60123564907

Samsudin Mohamad


Born 4 January 1962
Place : Sayong Tengah Kuala Kangsar Perak

Working Experience :

1980 – 83 : Illustrator
1984 – 86 : Graphic Artist
1986 : Aryati – Sabah
1987 : Pok – Sabah
1989 : Malay Cultural Village – Singapore
1993 : Ledakan Seni – USM,Penang
1994 : Pameran USM – Penang
1995 : Anugerah Dunia untuk Mahathir – PWTC,Kuala Lumpur
1997 : Artist Exchange Programme,ARMA-Ubud,Bali
Sentuhan APS – Galeri Petronas – Kuala Lumpur
8 Sehati Sejiwa – Nikko Hotel, Kuala Lumpur
LIMA – Langkawi,Kedah
Tokoh Pencapaian Ekonomi Negara – PWTC,Kuala Lumpur
1998 : Menuju Modeniti – BSLN, Kuala Lumpur
Mystical Bali –Sheraton Hotel, Kuala Lumpur
1999 : Conlay Group – Kompleks Kraf Kuala Lumpur
2000 : Wajah Negarawan Pembina Sejarah – BSLN,Kuala Lumpur
Quest into Malaysia’s Fine Art – Nikko Hotel,Kuala Lumpur
2001 : Open Show – BSLN,Kuala Lumpur
Jakarta Art Festival – Jakarta,Indonesia
2002 : Lima Sekawan - Singapore
Rhapsody in the water- Elle Six, Kuala Lumpur
2003 : Japan & Asean Art Festival- Bangkok, Thailand
2006 : Dual Potraiture – Gajah-Gajah Gallery, Kuala Lumpur
2007 : Merdeka 50-Muzium Kesenian Islam,Kuala Lumpur
: Pameran Ulung-RA Gallery, Kuala Lumpur
Merdeka@50 – RA Gallery, Kuala Lumpur
Internasional Art Exhibition 2007 – Kedah
2008 : Susurmasa – BSLN, Kuala Lumpur